Mesin basuh idaman.
Setelah beberapa tinjauan dengan isteri tercinta, kami sepakat bahawa kami jatuh hati dengan mesin basuh model terkini keluaran Sharp.
![]() |
| Sharp ESX1278 12kg. Sleek design. |
Dengan rekaan yang bergaya serta butang fungsi yang ringkas, cukup untuk membuatkan isteri aku membuat keputusan dengan pantas bahawa itulah model pilihannya. (Hebat tak model ni. Mampu membuatkan perempuan buat keputusan dengan cepat).
Maka berangkatlah kami ke satu demi satu kedai barangan elektrik. Tapi pencarian kami menemui jalan buntu.
"Stok habis. Ambik display unit la"
"Baru saja order. Lagi 2 minggu sampai"
"Tinggal yang 15kilo. Eh sori bang yang tu pun habis"
Antara jawapan tauke dan pekerja-pekerja. Kecewa betul bila kena macam ni. Aku ni dah jenis kalau nak, nak sekarang tu jugak.
Nekad, aku survey atas talian pulak. Banyaknya pilihan dan harga yang ditawarkan sangat menarik.
Adakah berbaloi untuk beli barang besar macam ni secara atas talian? Harga pulak bukan seratus dua. Adakah barang akan sampai dalam keadaan yang memuaskan? So macam mana..?
Selasa
2.10.18
10 malam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan